D'TANJUNG TAUHU SUMEDANG, di asaskan pada tahun 2015. Perkataan D'TANJUNG itu pula berasal daripada nama keluarga iaitu TANJUNG.
Kami memulakan perniagaan kami secara kecil-kecilan iatu dengan menghantar ke tapak2 projek serta mengambil tempahan melalui telefon.
Seterusnya pada Bulan 6 tahun lepas kami mula berjinak di tapak bazar ramadan pula. Buat permulaan kami hanya menjual 1 jenis perisa sahaja iaitu ORIGINAL.
Kemudian, setelah berakhirnya bulan ramadan dan sambutan sungguh menggalakkan.Kami mulai serious untuk berniaga TAUHU SUMEDANG. Kami mempelbagaikan perisa kami mengikut selera serta citarasa penduduk setempat. Bermula dari 1 jenis ke 3 jenis lagi iaitu:AYAM, DAGING & CHEESE.
Kemudian, kami menempatkan stall kami yg kekal hingga kini di TAMAN NUSANTARA,GELANG PATAH, JOHOR.
Begitulah serba sedikit, sejarah penubuhan D'TANJUNG TAUHU SUMEDANG. Sekiranya anda ingin mendapat arah serta alamat ke stall sy bolehlah menggunakan aplikasi GOOGLE MAPS.
Salam hormat dari saya,
SURIANI TANJUNG.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan